suria

Aktivis transgender saman salon kecantikan, tak puas hati kerana staf enggan lakukan ‘Brazilian wax’ pada kemaluannya

Aktivis itu memfailkan saman kerana mendakwa dia dinafikan hak untuk mendapatkan rawatan kecantikan

SEORANG aktivis transgender Kanada menyaman beberapa buah salon kecantikan selepas dia dinafikan hak untuk menjalani prosedur ‘Brazilian wax’ pada bahagian kemaluannya.

‘Brazilian wax’ merupakan kaedah menghilangkan bulu pada tubuh manusia dengan mencabutnya menggunakan cairan lilin khas yang dipanaskan.

Jessica Yaniv yang kini dikenali sebagai Jessica Simpson memfailkan aduan kepada Tribunal Hak Asasi Manusia British Columbia (BC) pada 2018 yang mana dia mendakwa 13 buah salon enggan memberikan perkhidmatan kerana statusnya sebagai transgender.

Lelaki berusia 36 tahun itu berkata dia menyedari dirinya transgender ketika berusia enam tahun, namun tidak menjalani pembedahan menukar jantina, yang bermakna dia kini masih mempunyai zakar dan kerandut zakar.

Pakar-pakar kecantikan yang menolak permintaan itu berhujah mereka tidak dilatih untuk melakukan ‘Brazilian wax’ pada kerandut zakar dan ada yang mengatakan kepercayaan agama melarang mereka menyentuh alat kelamin lelaki.

Bercakap kepada The Niall Boylan Podcast mengenai kes itu, Jessica berkata keengganan mereka untuk mengendalikan alat kelaminnya adalah "tidak adil" kerana dia mendakwa dia "dilindungi di bawah kod hak asasi manusia BC."

Dalam perkembangan terbaharu kes itu, Tribunal Hak Asasi Manusia BC menolak kes berkenaan kerana mendapati Jessica mahu mendapatkan wang dengan cara mudah dengan menyaman salon-salon terlibat. - Daily Star.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain