suria

Tak pernah order, tiba-tiba 30 kotak besar berisi kondom dihantar ke rumah... Wanita terkejut kena bayar lebih 1K

Seorang wanita terkejut menerima 30 kotak besar berisi kondom.

SEORANG wanita terkejut apabila dia dicaj £300 (RM1,740) selepas lebih 1,000 keping kondom dihantar ke rumahnya.

Joelle Angleheart, dari Ontario, Kanada menerima e-mail daripada Amazon mengenai penghantaran kondom itu, namun menganggap ia palsu kerana dia dan suaminya tidak membuat sebarang tempahan.

Angleheart berkata, 30 kotak besar yang mengandungi kotak-kotak kecil berisi kondom dihantar ke rumahnya ketika suaminya sedang dirawat di hospital.

"Kami secara automatik menganggap e-mail itu adalah penipuan kerana ia bukan sesuatu yang kami akan beli. Kami tidak tahu mengapa ia dihantar kepada kami.

"Kami benar-benar tidak dapat memahami apa yang berlaku dan mengapa kami menerima bungkusan itu di rumah kami," ujarnya.

Lebih menyakitkan hati, dia mendapati kad kreditnya telah RM1,740 untuk pesanan itu. - Daily Star.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain