suria

Mata cantik bawa penyakit, ibu keliru anaknya buta secara tiba-tiba

Bayi itu hilang penglihatannya pada usia 10 bulan.

SEORANG bayi perempuan menerima pujian ramai selepas dia dilahirkan dengan mata berwarna biru yang besar.

Di sebalik anugerah itu, ibunya, Louise Bice, 34, berkata bayi berkenaan sebenarnya mengalami simptom yang boleh membutakan matanya.

"Orang ramai akan memuji anak saya enam atau tujuh kali setiap hari. Tetapi pada usia enam bulan salah satu mata Aretria bertukar putih seperti susu dan sebarang cahaya menyebabkan dia menjerit kesakitan," dedah ibunya.

Louise dan pasangannya Connor Bice, 29, diberitahu kanak-kanak itu menghidap glaukoma kongenital dua hala yang teruk iaitu kelainan genetik yang menyaksikan tekanan melampau dan semakin meningkat pada saraf optik yang mana ia memerlukan pembedahan segera.

Aretria, kini berusia 10 bulan, menjalani pembedahan selama empat jam di Hospital Kanak-kanak Birmingham, pada Jun untuk melegakan tekanan, tetapi ujian susulan menunjukkan ia telah gagal.

Dia menjalani pembedahan kedua pada Ogos dan ibu bapanya sedang menunggu keputusannya.

Louise yang menetap di Mansfield, Notts, berkata: "Saya tidak pernah menjangka mata Ari yang besar dan cantik itu adalah perkara yang buruk.

"Tiba-tiba satu hari matanya kabur, satu minit ia baik-baik saja dan 15 minit kemudian ia telah berubah sepenuhnya.

"Pakar terpaksa melakukan ujian mengerikan ke atasnya dan saya mengetahui dia telah kehilangan penglihatan di kedua-dua matanya. - Daily Star.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain