suria

Bisnes ‘sendu’ ketika musim hujan, pendandan rambut tampil dengan gaya seksi untuk tarik pelanggan

Idea itu timbul selepas salon berkenaan berdepan penurunan jumlah pelanggan ketika musim hujan.

SEBUAH salon di Phetchabun, Thailand meraih perhatian ramai kerana pendandan rambutnya yang hanya memakai pakaian dalam ketika bekerja.

Stratergi pemasaran yang dibuat oleh pengusaha salon itu nampaknya berhasil apabila premis berkenaan tidak putus-putus dikunjungi pelanggan.

Menurut Phanatchaporn atau Nong Wine, dia dan para pekerjanya tampil dengan idea berkenaan ekoran penurunan jumlah kehadiran pelanggan ketika musim hujan.

Selepas membincangkan idea tersebut, mereka membuat penggambaran iklan sebelum ia dikongsi menerusi laman Facebook.

ARTIKEL BERKAITAN: Peniaga makanan tiba-tiba viral, kedai jadi tumpuan pelanggan... Ada yang sanggup datang berulang kali

Meskipun berdepan pandangan serong masyarakat, Nong Wine berkata dia cuma menjalankan tugasnya seperti biasa sahaja.

"Terpulang kepada mereka pakaian macam mana mereka mahu kami pakai. Boleh jadi seksi, boleh jadi normal. Kami bekerja dengan ikhlas dan tidak menyusahkan sesiapa," ujarnya lagi.

Pendandan itu berkata, dia hanya memakai pakaian dalam yang seksi itu ketika berada di salon sahaja dan akan kembali berpakaian normal selepas tamat kerja. - Sanook.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain