suria

Tanpa segan silu, gadis bertudung selamba tuang arak dalam kelab malam... Netizen berang Islam dipermainkan

Aksi wanita bertudung di dalam kelab malam raih perhatian netizen.

KEHADIRAN wanita-wanita yang berpakaian seksi merupakan satu 'pemandangan' biasa di kelab malam.

Namun, tular baru-baru ini satu video memaparkan seorang wanita bertudung yang sedang menuang minuman beralkohol di sebuah pusat hiburan.

Turut kelihatan, tiga lagi wanita berhijab yang duduk di sofa bersama beberapa sekumpulan lelaki.

"Nauzubillah. Moga anak cucu dan keturunan kita dijauhi dengan golongan macam ni," tulis individu yang memuat naik video itu.

Video yang dipercayai berlaku di Indonesia itu meraih lebih 820,000 tontonan di laman X.

ARTIKEL BERKAITAN: Gara-gara wanita menari ghairah tak berbaju, pusat hiburan kantoi operasi tanpa lesen menjelang Pesta Songkran

Malah, ia turut dihujani komen kecaman netizen, termasuklah dari Malaysia.

"Mesti kena kejutan budaya, sebab tu jadi macam ni.

"Nauzubillahminzalik. Ikut zaman pun berpadalah.

"Pada tahap ini, aku rasa mereka pakai tudung sebab malas nak dandan rambut je. Bukan nak tutup aurat sangat pun.

"Buruk imej Islam, kalau ye pun nak sangat cabut la tudung," tulis beberapa netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain