MEMPUNYAI pasangan yang sanggup untuk susah senang bersama pastinya menjadi idaman setiap insan. Pernah dikatakan, ujian hebat yang bertimpa-timpa akan menunjukkan ketulusan cinta seseorang itu terhadap pasangannya. Begitulah kisahnya untuk wanita ini yang walaupun dirinya sedang berbadan dua, tetap memilih untuk bekerja kerana mahu membantu suaminya menyara keluarga. Isteri kepada anggota polis yang dikenali sebagai Linda itu mencari upah sebagai petugas pembersihan selepas suaminya, Aipda Rully hilang penglihatan dan mengalami kesukaran untuk bekerja. Aipda pada mulanya bertugas di Jagakarsa, Jakarta Selatan, Indonesia. Keadaan kewangan Aipda merudum secara drastik apabila mata kirinya buta pada tahun 2013, manakala pada tahun 2017, mata kanannya pula bermasalah. Simpati dengan nasib suaminya dan tidak mahu dia terus terbeban, Linda sanggup 'menyingsing lengan baju' dan bekerja buruh demi membantu kewangan mereka berdua. Suaminya menjalani pembedahan mata kiri di sebuah hospital dan setelah pembedahan dilakukan, matanya tidak dapat diselamatkan lagi. Mata kanan Aipda pula kini hanya dapat melihat sejauh dua meter sahaja. - TribunJabar.com Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube