SEORANG pelajar lelaki berusia 17 tahun didakwa menikam gurunya kerana berang dilarang mengambil peperiksaan penilaian pertengahan semester. Larangan itu berikutan suspek sering ponteng kelas dan tidak menghantar tugasan. Susulan kejadian di Demak di Jawa Tengah, Indonesia, suspek ditahan polis di sebuah rumah kosong. Ketua Polis Demak, AKP Winardi berkata, siasatan mendapati suspek berasa bersalah atas tindakannya itu. Suspek mengakui setiap malam dia membantu ibu bapanya menjual nasi goreng, dan merupakan tulang belakang keluarganya. "Setiap malam hari dia membantu keluarga menjual nasi goreng," kata Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Demak, AKP Winardi, memetik laporan Kompas. Dilaporkan suspek merupakan pelajar yang pendiam dan sering ponteng sekolah. Ketika kejadian, suspek berada dalam keadaan sedar tanpa terpengaruh dadah atau alkohol. - Tribun Jatim Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube