suria

Ingatkan prop Halloween, rupanya mayat tertiarap... Misteri kematian lelaki separuh bogel

Mayat Robert Owens ditemukan di halaman dekat rumah kosong. -Gambar GoFundMe

INGATKAN dekorasi Halloween yang kelihatan realistik dijadikan sebagai prop, rupa-rupanya mayat separuh bogel.

Begitulah sangkaan seorang tukang kebun mengenai kematian seorang pemuda berusia 34 tahun, ketika memotong rumput di lokasi penemuan mayat.

Keluarga mangsa menyifatkan kematian Robert Owens sebagai 'mencurigakan" selepas polis menemukan mayat dalam keadaan tertiarap dan separuh bogel di halaman bersebelahan sebuah rumah kosong di North Carolina, Amerika Syarikat.

Menurut halaman GoFundMe yang disediakan untuk kos pengebumian, ahli keluarga mangsa mencetuskan tanda tanya.

Menulis di halaman itu, Haley Reavis mengesahkan Robert ditemui dalam keadaan separuh bogel bersama barang-barangnya.

Mayat Robert dipercayai disalah anggap sebagai hiasan Halloween oleh seorang tukang kebun yang kemudiannya membuat laporan mengenai penemuan mangsa.

Bagaimanapun, Ketua Polis China Grove Andrew Deal menafikan dakwaan keluarga mangsa, dengan menjelaskan bahawa tukang kebun tidak mengesyaki mayat itu adalah dekorasi Halloween.

Sebaliknya, beliau dalam kenyataan menerusi e-mel berkata: "Tukang kebun tidak menyangka ia adalah prop Halloween. Bagaimanapun, dia tidak menyangka ia adalah real (mayat)."

Berikutan itu, polis dalam kenyataan berkata, pada masa ini tiada tanda-tanda jenayah tetapi kes disiasat sebagai mencurigakan.

"Seorang pekerja binaan melaporkan mengenai penemuan mayat kepada pihak berkuasa pada 10 Oktober," katanya. - Daily Star

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain