suria

Israel bom hospital Gaza, bunuh kira-kira 500 rakyat Palestin

Mayat mangsa yang terbunuh dalam serangan di Hospital Al-Ahli dikumpul di perkarangan Hospital Al-Shifa di Gaza. -Gambar AFP

SERANGAN udara rejim Israel pada Selasa ke atas sebuah hospital di Gaza membunuh kira-kira 500 orang, demikian menurut pihak berkuasa kesihatan Palestin.

Bagaimanapun Israel cuba menafikannya dengan mendakwa letupan itu berpunca daripada serangan tentera pejuang Palestin sendiri.

Memetik laporan Reuters, angka kematian setakat ini adalah yang tertinggi berbanding serangan lain ke atas Gaza.

Menteri kesihatan Palestin, Mai Alkaila, menerusi kenyataannya menuduh Israel bertanggungjawab melakukan pembunuhan beramai-ramai di Hospital Al-Ahli al-Arabi.

Serangan itu membunuh ratusan orang dan berlaku semasa operasi serangan bertubi-tubi tentera Israel selama 11 hari di Gaza sejak 7 Oktober lalu.

Hamas berkata letupan itu kebanyakannya membunuh orang yang kehilangan tempat tinggal.

Serangan berdarah ini berlaku pada malam sebelum lawatan Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden ke Israel bagi menunjukkan sokongan kepada rejim Zionis itu dalam peperangan dengan Hamas.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain