BINTANG media sosial Lord Aleem dihalau keluar daripada pertarungan tinju KSI lawan Tommy Fury pada Sabtu kerana memakai baju-T 'Free Palestine'. Aleem Iqbal, yang mempunyai lebih 1 juta pengikut merentasi platform dalam talian, berkongsi video konfrontasinya dengan pengawal keselamatan di Manchester. "Kenapa saya tidak boleh memakainya?" Iqbal kedengaran memberitahu pengawal, yang membuat beberapa percubaan untuk menutup kamera yang merakam kejadian itu dengan tangannya. Pempengaruh media sosial itu berkata pada Ahad bahawa dia diberi pilihan sama ada untuk menanggalkan baju yang dipakai atau meninggalkan lokasi. Dia kemudiannya menyiarkan video di Instagram menunjukkan dia dikeluarkan secara paksa oleh empat pengawal keselamatan. Dalam kapsyen itu, dia menegaskan bahawa pengawal tidak menimbulkan isu apabila selebriti media sosial Logan Paul sedang mengibarkan bendera AS di gelanggang tinju. Beberapa pengguna di X berkongsi reaksi mereka terhadap kejadian itu. “Penghormatan yang besar kerana berdiri teguh. "Saya fikir kita tinggal di negara yang bebas dan demokratik," ujar beberapa warga maya. - Arab News Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube