suria

Pelanggan hampir menang cabaran, pemilik restoran terus ubah fikiran... Minta muntahkan semula ayam 2 dulang

Wanita ini hampir berjaya menghabiskan makanan dalam masa 55 minit.

SEORANG pemilik restoran yang menghalang pelanggannya daripada memenangi cabaran makan ayam dengan pantas yang dianjurkan mendapat kecaman netizen.

Memetik laporan Thaiger, restoran itu pada mulanya mencabar pelanggan dengan cabaran menghabiskan dua dulang ayam goreng dalam masa 90 minit.

Sekiranya berjaya dilakukan, pemenang diberikan ganjaran 5 juta dong (RM966) kepada pemenang.

Seorang gadis kemudian mengunjungi restoran tersebut untuk menyahut cabaran mereka dan kelihatan hampir menghabiskan dua dulang ayam goreng dalam masa 55 minit sahaja.

Namun, pemilik restoran itu duduk di sebelahnya, menunjukkan riak wajah tidak tenang dan tidak berhenti merungut.

“Keuntungan restoran hari ini, elektrik, air, ayam, kos pekerja perlu diberikan sebagai ganjaran.

“Satu-satunya cara adalah kamu memuntahkan kembali makanan,” katanya.

Netizen mengecam tindakan lelaki itu kerana mengeluh apabila pelanggan hampir memenangi cabaran yang ditetapkan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain