suria

60 tahun tak cuci balang sos! Pemilik dedah 'rahsia' makanan sedap, restoran kekal 3 generasi

Balang sos yang tidak pernah dicuci selama 60 tahun

SEBUAH restoran popular di Tokyo, Jepun, mencetuskan kontroversi selepas mendakwa snek daging atau satay dicelup ke dalam balang sos yang tidak pernah dibersihkan sejak lebih setengah abad.

Abe-chan, sebuah kedai makan 'jalanan' yang terkenal di daerah beli-belah Azabu Juban Tokyo, baru-baru ini dipaparkan dalam rancangan televisyen Jepun yang popular di mana ia mendedahkan bahawa salah satu rahsia kejayaannya ialah balang sos yang ditutupi dengan gelatin.

Keliling balang tersebut juga dipenuhi dengan sisa sos tumpah yang telah mengeras sepanjang tempoh berkenaan.

Menurut pemilik generasi ketiga Abe-chan, balang itu tidak pernah dibersihkan sejak enam dekad lalu, yang nampaknya menyumbang kepada rasa sos yang sedap dan kaya dengan rasa.

Sisa tumpahan sos yang telah mengeras.

Sisa tumpahan sos yang telah mengeras.

Daripada membersihkan balang sos setiap hari, selepas ditutup, kakitangan di Abe-chan hanya menuang lebih banyak sos ke atas sisa hari itu bagi menguatkan aromanya. Sisa sos di keliling balang bukanlah pemandangan yang paling menyelerakan apabila memesan makanan jalanan, tetapi bagi pemilik Abe-chan ia adalah 'harta' berharga.

Abe-chan dilaporkan diasaskan pada tahun 1933 oleh datuk pemilik semasa, dan balang sos telah wujud sejak zaman awal itu.

Tradisi menambah sos tanpa benar-benar membersihkan bekas telah dihormati oleh ketiga-tiga generasi, dan pemilik semasa yakin bahawa ia menyumbang kepada kejayaan perniagaan keluarga.

Semasa rancangan televisyen, pakar ditanya tentang potensi bahaya kebersihan dengan hanya menambah sos baru dalam bekas yang tidak dibersihkan selama beberapa dekad.

Pun begitu, jawapan yang diberikan mengejutkan kerana sos tidak akan mengalami pencemaran sekiranya dipanaskan dengan haba yang sepatutnya.

Selain itu, percubaan di mana air bersih ditambahkan ke dalam bekas yang penuh dengan air hitam sebanyak 365 kali menunjukkan bahawa kebanyakan kandungan asal tidak wujud pada akhirnya.

Jadi ia tidak seperti balang sos sebenarnya mengandungi sos dari 60 tahun dahulu.

Dalam pada itu, beberapa pelanggan Abe-chan mempertahankan kedai makan itu dan mendakwa mereka telah makan di sana selama bertahun-tahun serta tidak pernah mengalami sebarang masalah kesihatan. - Oddity Central

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain