KETIKA sedang dalam fasa hangat bercinta, segalanya akan kelihatan manis. Lautan api pun sanggup diredah asalkan dapat bersama dengan pasangan yang sentiasa dirindui. Begitulah kisahnya untuk sepasang kekasih di negeri Uttar Pradesh, India apabila mereka disaman selepas menunggang motosikal sambil berpelukan di jalan raya. Rakaman kejadian memaparkan seorang wanita duduk menghadap pasangannya dan memeluk lelaki itu ketika motosikal itu meluncur laju di lebuh raya. Pasangan itu juga melanggar peraturan keselamatan jalan raya kerana tidak memakai topi keledar. Video itu mencetuskan kemarahan orang ramai yang menggesa polis mengambil tindakan segera. Kejadian berlaku di Lebuhraya Kebangsaan 9 yang berada di bawah bidang kuasa balai polis Simbhaoli. Bertindak hasil maklum balas video itu, polis mengenakan denda yang tinggi ke atas pasangan terbabit Penunggang motosikal itu didenda 8,000 rupee (RM454) di bawah Akta Kenderaan Bermotor, manakala prosiding undang-undang dimulakan terhadap kes tersebut. - India Times Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube