suria

Wanita jelita rasa bosan, cuba 100 pekerjaan berbeza... Masuk sehari terus letak jawatan

Wanita ini mencuba pelbagai pekerjaan kerana berasa bosan dengan kerja hakiki.

SESUATU yang di luar kebiasaan!

Seorang wanita jelita mencuri perhatian ramai di China apabila dia memutuskan untuk mencuba 100 pekerjaan berbeza.

Wanita bernama Chizao itu berusia dalam lingkungan 20-an dan berasal daripada wilayah Sichuan, barat daya China.

Dia setakat ini sudah mencuba 30 pekerjaan termasuk ahli bomba, penyanyi opera, penghantar makanan dan pelayan restoran.

Chizao meletak jawatan sebagai pekerja sepenuh masa sebuah syarikat media yang disertainya selama bertahun-tahun sejak menamatkan pengajian kerana merasakan rutin hariannya membosankan.

Akibat tidak pasti akan pekerjaan baharu yang ingin dilakukan, Chizao bertindak mencuba 100 bidang pekerjaan.

Selepas ditolak ramai majikan yang enggan menggaji pekerja untuk tempoh sehari, Chizao akhirnya diterima bekerja di sebuah kedai haiwan.

Pada hari-hari berikutnya, dia telah mencuba pelbagai pekerjaan termasuk bekerja di ladang babi, pengasuh kanak-kanak, penari dan pembantu kaunter kecantikan.

Chizao malah dijemput oleh balai bomba Chengdu untuk menjalani latihan bomba selama sehari.

Video yang dikongsikan Chizao di platform Douyin membuatkan ramai terpesona. - South China Morning Post

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain