suria

Ingatkan besan, rupanya menantu! Cinta beza usia 16 tahun, pemuda kacak kahwin dengan bos

Seorang pemuda berkahwin dengan wanita pilihannya. -Gambar Sanook

KEPUTUSAN seorang pekerja bar berusia 22 tahun mengahwini seorang wanita berusia 38 tahun mencetuskan perdebatan dalam kalangan netizen kerana jurang umur dan status mereka.

Malah, pengantin lelaki yang masih muda dan segak mengejutkan ibu bapanya dengan pilihan calon isteri.

Pemuda berkenaan sebelum ini meninggalkan rumah selama setahun kerana enggan mengikut perkahwinan yang diaturkan oleh ibu bapanya.

Bagaimanapun, dia kemudian membawa pulang calon isteri ke rumah.

Pada mulanya, ibu bapanya menyangka wanita berkenaan merupakan besan mereka atau ibu kepada pengantin perempuan.

Namun, rupa-rupanya wanita itu merupakan bakal menantu mereka sehingga pada mulanya keputusan tersebut dibantah, laporan Sanook.

Pemuda berkenaan bagaimanapun tetap dengan pendiriannya mengenai calon isteri.

“Saya tidak akan kahwin melainkan dia menjadi pengantin perempuan,” katanya.

Dengan jarak usia 16 tahun, foto perkahwinan pasangan itu didedahkan sehingga meraih perhatian ramai.

Pemuda berkenaan tampil menjelaskan bahawa meskipun isterinya adalah majikannya, tetapi mereka berkahwin atas dasar cinta.

"Hubungan kami sudah ditakdirkan, bukan sangkaan buruk yang diperkatakan ramai," katanya. - The Thaiger

Artikel Lain