suria

Anggota polis didakwa dera isteri, tergamak biar mangsa ‘diratah’ beramai-ramai

Suspek (tengah) ditahan bagi membantu siasatan. -Gambar Facebook

SEORANG wanita bukan sahaja didakwa didera secara fizikal oleh suaminya, malah dijadikan mangsa rogol berkumpulan.

Personaliti media sosial di Thailand, Kannarat 'Gun' Pongpaiboonwet menemani mangsa yang berusia 30 tahun ke Sub-Bahagian Perlindungan Kanak-Kanak dan Wanita untuk memulakan proses undang-undang terhadap suami wanita itu.

Mangsa mendakwa memfailkan aduan kepada polis sebanyak enam kali di balai polis berbeza tetapi kes itu tidak diendahkan.

Gun mendakwa polis tidak berani melakukan siasatan memandangkan suspek merupakan pegawai polis dan bapanya juga merupakan pegawai tinggi di wilayah Isaan.

Menurut laman sosial Gun, suami mangsa merupakan pegawai polis yang berkhidmat di pejabat sains forensik di wilayah Samut Prakarn.

Pasangan itu sudah lama mendirikan rumah tangga, namun belum dikurniakan cahaya mata.

Mangsa didakwa mengalami penderaan oleh suaminya selama bertahun-tahun, malah pernah dibawa ke beberapa hotel, sebelum memanggil sekumpulan antara lima hingga tujuh lelaki untuk memperkosanya.

Malah, perbuatan terkutuk itu turut dirakamkan. Namun mangsa tidak pasti sama ada rakaman tersebut disebarkan atau dijual.

Susulan aduan dibuat, Sub-Bahagian Perlindungan Kanak-Kanak dan Wanita akan menyiasat kes tersebut.

Siasatan tertumpu mengenai mengenai kemungkinan suspek menjual video tersebut termasuk kes rogol berkumpulan.

Jika disabit kesalahan, boleh berdepan hukuman lebih berat, dengan pertuduhan berkaitan pemerdagangan manusia.

Sementara itu, pihak berkuasa menafikan sekeras-kerasnya berhubung dakwaan kecuaian polis.

Dalam satu kenyataan, wanita itu pada mulanya memfailkan aduan memperincikan penderaan fizikal yang dilakukan suami terhadapnya.

Setelah disemak, pegawai penguatkuasa undang-undang mengklasifikasikannya sebagai 'konflik domestik biasa' dan memilih untuk tidak meneruskan siasatan lanjut terhadap aduannya. - Thaiger

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain