suria

Gara-gara tolak lamaran dua kali, wanita maut dicekik teman lelaki... Mayat ditutup daun kering

mayat

GARA-GARA menolak lamaran kekasihnya untuk berkahwin, seorang wanita maut akibat dicekik oleh lelaki tersebut, dalam satu kejadian pada 21 September lalu.

Identiti mangsa dikenal pasti sebagai AYK, berusia 47 tahun dan berasal dari Bandung.

Menurut Ketua Polis Bandung, Pesuruhjaya Polis Kusworo Wibowo, mangsa dan teman lelakinya yang dikenali sebagai Hendra Setiawan, 32, telah menjalinkan hubungan kira-kira empat bulan.

"Suspek mengajak mangsa berkahwin, tetapi mangsa tidak mahu. Ini kerana anak mangsa masih belum dapat menerima bapa baharu," kata Kusworo.

Disebabkan itu, suspek merancang untuk membunuh mangsa dan mengajaknya ke hutan untuk melakukan jenayah tersebut.

Pasangan itu menjalinkan hubungan seks dan suspek sekali lagi cuba mengajak mangsa untuk berkahwin, malangnya tetap ditolak.

"Selepas hubungan seks selesai, disahkan sekali lagi mangsa tidak mahu berkahwin dengan suspek. Jadi dia dicekik sehingga mati, kemudian mayat mangsa ditutup dengan daun kering," katanya.

Mayat mangsa ditemui di kawasan Gunung Japura Desa Nagrog, Jawa Barat pada Khamis lalu.

Suspek yang sudah ditahan bakal berdepan dengan hukuman penjara seumur hidup. -Tribunnews

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain