SIREN roket diaktifkan di utara Israel dan rakyat di wilayah itu diberitahu untuk mencari perlindungan selepas pesawat pejuang Hamas masuk dari Lubnan. Ia berlaku ketika Hamas mendakwa mereka melepaskan peluru berpandu jarak jauh ke Haifa, sebuah bandar di utara Israel yang terletak 90 batu di utara Gaza. Briged Qassam, sayap bersenjata kumpulan Islam Palestin mendakwa peluru berpandu yang digunakan dalam serangan ke atas bandar termasuk Baitulmaqdis itu adalah roket R160 iaitu roket rekaan China yang dibuat di Syria. Sementara itu warga Israel diarah berlindung dengan Jerusalem Post mengatakan beberapa sasaran dilakukan dengan dron. Penerbitan itu juga berkata terdapat laporan mengenai 'pejuang paraglider mendarat di utara Israel'. - Daily Mail Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube