SEORANG lelaki masih teruna sehingga usianya 71 tahun, mendedahkan dia membina pagar setinggi 15 kaki (4.6 meter) untuk menghalang wanita datang ke rumahnya. Callitxe Nzamwita mengurung dirinya di dalam rumah selama 55 tahun kerana takut kepada jantina lain, dan menjauhkan dirinya daripada orang ramai. Lelaki berusia 71 tahun itu mengakui dia sangkat takut dengan wanita datang ke rumahnya, justeru dia mengasingkan diri. Callitxe tinggal di rumah ini sejak berusia 16 tahun. -Gambar Newsflash Walaupun melalui ketakutan ini, wanita tempatan memastikan dia terus hidup dan membantunya untuk 'bertahan'. Walaupun hidup sendiri dan jauh daripada jantina berlainan, Callitxe mendapati dirinya dibantu oleh wanita kampung yang takut dia akan mati sekiranya mereka tidak campur tangan. Walaupun mereka mendapatkan bahan makanannya untuknya, dia tidak membenarkan wanita mendekatinya. "Sebab saya mengurung diri di dalam sini dan mempunyai pagar di rumah saya adalah kerana mahu memastikan wanita tidak akan mendekati saya," katanya. Jika ternampak wanita dalam perjalanan ke rumahnya, Callitxe segera mengunci dirinya di dalam dan mengunci pintu. Lelaki bujang itu dipercayai mengalami gynophobia, iaitu ketakutan yang tidak rasional terhadap wanita. - Daily Star Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube