SEORANG lelaki membawa beg galas yang sarat dengan timbunan wang kertas tersusun rapi ke sebuah kedai motosikal. Menurut portal Thaiger, beg galas seberat 11 kilogram itu mengandungi kira-kira 32 juta Dong (RM6,336) yang disimpan selama dua tahun oleh suami berusia 36 tahun ini. Lelaki berasal dari bandar Ho Chi Minh, Vietnam itu merupakan seorang jurutera mekanikal menggunakan simpanan tersebut untuk membeli sebuah motosikal bernilai 47 juta (RM9,000). Dia kemudiannya menambah wang tambahan untuk melengkapkan pembelian. Pekerja kedai motosikal itu terkejut dengan beg galas lelaki itu dan sejumlah besar wang tunai diberikan dan mengambil masa lebih dua jam untuk mengira duit tersebut. Berkongsi tip cara penyimpanan dibuat, menurutnya, dia akan meminta si isteri menyimpan baki pulangan daripada barang dibeli di pasar. "Walaupun pengumpulan kecil tetapi boleh membuat perbezaan yang besar," katanya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube