AKIBAT berlagak sebagai ketua dan gemar memberi arahan kepada rakan sekerja, seorang lelaki berusia 37 tahun maut ditetak di kepala dan leher. Kejadian mengerikan itu berlaku selepas mangsa terlibat dalam pertengkaran dengan rakannya berikutan paip pecah di asrama di Bangkok, Thailand. Menurut pegawai penyiasat dari Bang Khun, Timbalan Inspektor Natthapong Charitngam, suspek berusia 64 tahun ditahan ketika cuba melarikan diri dari rumahnya yang terletak kira-kira 150 meter dari tempat kejadian. “Siasatan awal di tempat kejadian menemukan sebilah parang berukuran 27 inci, dipercayai senjata pembunuhan. “Dalam masa sejam, kira-kira pukul 8.50 malam...suspek ditahan di sebuah rumah ketika cuba melarikan diri. “Suspek mengaku melakukan jenayah itu kerana pertikaian kerja. Perbalahan bermula berhubung pembaikan paip air pecah di asrama,” jelasnya. Tambahnya, suspek dipercayai tidak puas hati apabila mangsa yang tukang paip sering bertindak sebagai bos dan memberi arahan. Dia yang tidak dapat mengawal kemarahan kemudian menggunakan parang untuk menetak mangsa sehingga menyebabkan kematian. Rekod jenayah suspek menunjukkan pelbagai pertuduhan berkaitan dadah pada 2011, 2013, dan 2015, dia juga dikehendaki atas tuduhan membunuh pada tahun 2000 di daerah Pak Chom, wilayah Loei. - Thaigher Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube