suria

Tragis! Lelaki maut selepas wajah hancur ditikam beberapa kali... Isteri dakwa pertahan diri dari serangan

Suami ditikam berkali-kali di wajah sebelum ditinggalkan sendirian di bilik air.

SUDAHLAH mengambil keseluruhan gaji, wanita ini tergamak menikam muka suaminya sendiri sehingga mangsa meninggal dunia.

Malah, sebelum kejadian ngeri itu, dia meminta supaya suaminya menggadaikan sebuah motosikal dan memberinya sejumlah RM3,955 (30,000 baht).

Berkongsi kisah yang meragut nyawa lelaki berusia 42 tahun itu, abangnya yang ingin dikenali sebagai Yod berkata, wajah mangsa ditikam berulang kali sebelum ditinggalkan sendirian di bilik air sebuah kondominium di Bangkok, Thailand.

Kejadian yang berlaku itu membuatkan dia mengesyaki pelaku pembunuhan tersebut adalah isteri adiknya yang berusia 50 tahun.

Malah dia mengetahui beberapa tingkah laku ganas wanita itu terhadap adiknya sepanjang tempoh menjalin hubungan.

"Mendiang hanya diketahui cedera parah selepas dia tidak dapat dihubungi oleh pemandu serta dua rakan sekerjanya.

"Susulan daripada itu, saya bersama rakan memutuskan untuk menerjah masuk kondominiumnya dan mendapati mendiang dalam keadaan tenat serta mempunyai beberapa kesan tikaman di wajah," katanya.

Pun begitu, mendiang disahkan meninggal dunia selepas empat hari dirawat di hospital.

Yod turut mendedahkan bahawa adiknya pernah beberapa kali menjadi mangsa keganasan isteri termasuk dikelar di lengan dan dicucuk menggunakan pensel.

Sepanjang tempoh mendiang dirawat, isteri adiknya itu tidak pernah datang melawat termasuk semasa acara pengebumian dilangsungkan.

Sementara itu, Superintendan Balai Polis Phahon Yothin, Shitsanupong Suriyanon, menegaskan pasukannya tidak menangguhkan perbicaraan atau berat sebelah.

Pegawai terpaksa mengumpul bukti kerana Wongduen mendakwa dia mempertahankan diri daripada serangan fizikal oleh si mati. - Thaiger

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain