SELEPAS melakukan serangan berterusan di Gaza, terbaharu polis Israel bertindak menutup Masjid Al-Aqsa dan menghalang jemaah Islam daripada memasukinya, lapor agensi berita Palestin, Wafa. Perkara itu dimaklumkan oleh Jabatan Wakaf Islam, sambil menambah, polis Israel menutup semua pintu masuk yang menuju ke perkarangan masjid, di tengah-tengah kemuncak konflik antara Israel dengan Hamas. Tambahnya, larangan kemasukan ke Masjid Al-Aqsa diperketat sejak awal pagi semalam, dengan hanya golongan warga emas dibenarkan masuk ke masjid ketiga paling suci bagi umat Islam itu. Namun tidak lama kemudian, arahan penutupan diperketatkan kepada semua peringkat umur. Pada masa yang sama, polis Israel membenarkan penduduk Yahudi memasuki perkarangan masjid untuk berjalan-jalan dan mengadakan ritual secara bebas, yang secara jelas melanggar status quo masjid tersebut. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube