suria

Tragedi kolam air pancut... Bapa maut selepas selamatkan 2 anak terkena renjatan elektrik

Davenport maut ketika cuba menyelamatkan dua anaknya.

SEORANG bapa kepada empat anak maut selepas menyelamatkan anak-anaknya yang terkena renjatan elektrik di sebuah kolam air pancut pusat beli-belah.

Ketika kejadian, Nate Davenport, 45, dari Jupiter di Florida, Amerika Syarikat (AS) bersama keluarganya di sebuah pusat beli-belah di Jupiter pada petang Ahad.

Sekurang-kurangnya dua daripada kanak-kanak itu mula bermain dekat air pancut.

Pesara tentera laut AS dan ahli perniagaan itu kemudian mendengar anak-anaknya menjerit ketika terkena renjatan elektrik di dalam air, WPBF.

Davenport segera mencapai dan menarik dua anak lelakinya keluar dari air pancut, orang ramai yang lain terkejut cuba mendapatkan bantuan.

Akibat kejadian itu, tiga kanak-kanak, termasuk anak lelaki Davenport berusia lapan dan 11 tahun, bersama Davenport dan seorang lagi dewasa, dikejarkan ke hospital.

Bagaimanapun, Davenport disahkan meninggal dunia di hospital.

"Dia menyelamatkan anak-anaknya. Dia seorang lelaki yang luar biasa," kata isteri, Mary Davenport.

Pesara tentera laut itu pernah berkhidmat dalam Perang Iraq, selain suka aktiviti perahu, sarapan pagi Ahad bersama ibu bapanya, dan juga menjadi bapa penyayang.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain