suria

Gempar bayi 5 bulan ‘hamil’ kembar sendiri... Doktor dedah ‘janin’ ada rambut, tulang

Perut bayi berusia lima bulan 'membesar'. -Gambar Jeka Kampai/detikSumut

PASANGAN suami isteri tidak menyangka perut anak lelaki mereka 'membesar' meskipun baru berusia lima bulan.

Bapa kepada bayi itu, Hendi, 27, berkata, saiz perut anaknya membesar sejak kira-kira tiga bulan lalu.

Keadaan itu menyebabkan anaknya sering menangis.

Hendi bersama isterinya, Usmaina, 25, kemudian membawa anak mereka ke hospital bagi menjalani pemeriksaan, dan mendapati terdapat ketulan di perut bayi tersebut.

Kejadian tersebut berlaku di Pesisir Selatan, Sumatera Barat di Indonesia.

Seorang pakar radiologi mengesyaki terdapat janin di dalam perut bayi tersebut iaitu kembarnya sendiri.

Bagaimanapun, janin tersebut telah mati.

“Bayi ini sebenarnya kembar. Ada dua, tetapi seorang lagi tidak terpisah, tetapi melekat pada badan bayi yang satu lagi,” katanya.

Sementara itu, seorang ketua pasukan perubatan berkata, kes bayi itu berkemungkinan disebabkan tumor teratoma.

"Teratoma itu menyerupai janin yang mempunyai rambut, tulang dan lemak. Tetapi ia adalah tumor.

"Ketumbuhan tersebut perlu dibuang segera kerana ia boleh menjadi parasit dalam badan bayi berkenaan.

"Kita akan ambil tindakan segera, dan periksa kesihatan bayi itu terlebih dahulu. Sama ada dia boleh terus menjalani pembedahan atau sebaliknya," jelas doktor tersebut. - Kompas

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain