KEBANYAKAN masyarakat gemar menganjurkan majlis atau apa saja acara termasuk sambutan hari lahir di restoran. Namun tindakan seorang wanita di China ini tidak dapat dipenuhi apabila dia bukan sahaja ingin menyambut hari lahir anak patungnya malah mahu permainan itu dilayan seperti tetamu. Disebabkan keinginannya tidak dipenuhi, dia berkongsi 'pengalaman' tersebut di laman sosial. Dia yang enggan dikenali mendakwa telah didiskriminasi oleh sebuah restoran hotpot ternama selepas pekerja enggan mengikut kehendaknya. Menurutnya, dia telah meminta pelayan restoran menyediakan kerusi tinggi untuk anak patung yang dibawa namun mereka bertanyakan adakah dia serius. Selepas permintaannya dituruti, dia kemudian meminta pelayan restoran untuk meraikan hari lahir anak patungnya itu. Namun kali ini, pelayan restoran menegaskan tidak. Tanpa menjawab, dia membayar bil dan pergi bersama anak patung yang dibawa. Perkongsian wanita tersebut bagaimanapun mendapat komen negatif daripada warga maya dengan kebanyakannya menyifatkan dia seorang yang manja. “Wanita itu dan patungnya hanya manja. "Hari ini mereka mahu restoran meraikan hari jadi anak patung, esok ia akan menjadi haiwan peliharaan mereka," ujar beberapa warga maya. - SCMP Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube