REJIM Zionis terus menerus menabur propaganda untuk meraih sokongan komuniti dunia. Namun, banyak penipuan mereka yang berjaya dirungkai warga media sosial seperti penggunaan darah palsu dan suntingan gambar atau video. Baru-baru ini tular klip laporan berita media Israel menunjukkan seorang wartawan mereka yang sedang melakukan lintas langsung meniarap di atas jalan raya untuk berlindung daripada serangan Hamas. Diperhatikan wartawan berkenaan melaporkan berita dalam keadaan cemas dan nada suaranya jelas kedengaran gentar, mungkin risau kehilangan nyawanya. Walaupun begitu, babak untuk menagih simpati itu tidak kesampaian apabila warga maya membongkarkan ia adalah satu lakonan dengan melihat pada keadaan orang awam di sekelilingnya yang bersahaja. "Wartawan Romania di Israel memberi laporan dalam keadaan meniarap kerana katanya Hamas sedang giat menyerang Israel. "Dalam masa sama, kelihatan orang awam berjalan dan berbasikal secara santai berhampirannya," dedah pempengaruh media sosial di X dikenali sebagai Jalal Misai. Sementara itu, warga maya lain pula mengatakan ia adalah satu bentuk propanganda yang sangat menyedihkan. "Nak menipu pun kena cerdik sekurang-kurangnya, duduk jerit-jerit seorang diri dekat atas jalan, dah boleh masuk hospital bahagia kot. "Mungkin dia ingat basikal tu kereta kebal barangkali," kata sebahagian warga maya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube