SUASANA sedih dan pilu menyelubungi bilik mayat hospital apabila seorang ibu tidak dapat menahan tangisnya ketika melihat jasad anak lelakinya diusung. "Ayuh, Jihad, sayangku. Bangun. Mari pulang," kedengaran suara Dunya Ghanem sambil membelai muka anaknya yang terkorban dalam serangan tentera Israel. Dia kemudian berkata kepada orang ramai yang mengusung jenazah anak lelakinya bahawa pemuda itu masih hidup dan sedang berdegup. "Saya bermimpi melihat dia berkahwin," katanya dalam esak tangis. Anaknya, Jihad Saleh, 29, dibunuh oleh tentera Israel semasa serbuan di perkampungan Zawata di utara Tebing Barat, malam Ahad. Lebih 20 kenderaan tentera Israel memasuki Zawata, mencetuskan konfrontasi di mana tentera melepaskan tembakan dan gas pemedih mata. Ratusan penduduk menghadiri pengebumian Jihad pada Isnin. -Aljazeera Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube