KONFLIK berterusan yang mengakibatkan ribuang orang awam maut termasuk kanak-kanak dan wanita membuatkan diplomat tertinggi Iran memberi amaran kepada Israel dan Amerika Syarikat. Pada Ahad, Menteri Luar Iran Hossein Amir- Abdollahian menegaskan bahawa Timur Tengah 'akan hilang kawalan' jika rejim zionis itu tidak menghentikan serangannya ke atas Gaza. "Saya memberi amaran kepada AS dan proksinya (Israel)... jika mereka tidak segera menghentikan jenayah kemanusiaan dan pembunuhan beramai-ramai di Gaza, apa-apa boleh berlaku pada bila-bila masa dan rantau ini akan hilang kawalan," katanya semasa sidang akhbar bersama di Tehran dengan rakan sejawatannya dari Afrika Selatan. Amir-Abdollahian menyamakan keadaan semasa rantau itu sebagai 'berbahaya' yang mana jika tersalah perhitungan dalam konflik boleh mengakibatkan 'kesan buruk' yang merujuk kepada Israel dan AS. Peningkatan terbaru bermula apabila militan Hamas menyeberang ke Israel dari sempadan selatannya pada 7 Oktober, membunuh lebih 1,400 orang. Israel telah bertindak balas dengan serangan udara dan artileri tanpa henti ke atas Gaza yang telah membunuh lebih 4,600 orang. Tehran, sumber utama kewangan dan sokongan ketenteraan untuk Hamas, memuji serangan Hamas 7 Oktober sambil menafikan sebarang penglibatan dalam perancangan atau pelaksanaannya. Israel telah lama menuduh Iran memburukkan lagi keganasan dengan membekalkan senjata kepada Hamas bahkan Tehran enggan mengiktiraf Israel dan telah menjadikan sokongan terhadap perjuangan Palestin sebagai komponen asas dasar luarnya sejak Revolusi Islam 1979. Selama bertahun-tahun, Iran dan Israel telah terlibat dalam konflik rahsia, dengan Iran menuduh Israel mendalangi serangan sabotaj dan pembunuhan yang menyasarkan program nuklearnya. - AlArabiya Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube