suria

Doa, air mata iringi jenazah... Lebih 1,800 kanak-kanak terbunuh di Gaza dalam 2 minggu

Seorang lelaki membawa jenazah anaknya di Deir Balah di tengah Semenanjung Gaza. -Gambar AFP

SEKURANG-kurangnya 4,651 orang terbunuh dalam serangan udara Israel ke atas Gaza dalam tempoh dua minggu.

Daripada jumlah itu, 40 peratus adalah kanak-kanak.

Kementerian kesihatan Gaza mengeluarkan angka kematian terkini, sambil menambah 14,245 lagi cedera, dengan 70 peratus daripada mereka juga kanak-kanak dan wanita.

Israel mengebom Gaza, Tebing Barat, Syria dan Lebanon semalaman dan hari ini ketika konflik di rantau itu memasuki minggu ketiga.

Pesawat menyerang sasaran di seluruh Semenanjung yang dikepung dan sebuah masjid di Tebing Barat, termasuk dua lapangan terbang di Syria.

Ia berikutan jurucakap Pasukan Pertahanan Israel (IDF) berkata Israel merancang untuk meningkatkan serangan ke atas Gaza dan memasuki perang fasa baharu.

Dalam beberapa jam terakhir tentera Israel berkata ia telah menyerang kawasan di Jenin, di Tebing Barat.

Rakyat Palestin juga berkata mereka telah diberi amaran untuk berpindah dari utara Gaza ke selatan.

Selama beberapa hari, Israel seolah-olah berada di ambang melancarkan serangan darat di Gaza sebagai sebahagian daripada tindak balasnya terhadap serangan maut Hamas.

Kereta kebal dan puluhan ribu tentera berkumpul, manakala para pemimpin telah bercakap tentang peringkat seterusnya yang tidak ditentukan dalam operasi. - Metro UK

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain