SEORANG pencuri meraih perhatian ramai sehingga menjadi tular apabila menikahi teman wanitanya di balai polis. Mana tidaknya, perkahwinan yang kebiasaannya berlangsung seperti yang diimpikan, namun pengantin lelaki terpaksa menjalani hukuman akibat perbuatan yang dilakukannya. Momen perkahwinan pencuri dan pasangannya itu diadakan di Balai Polis Sukolilo di Jawa Timur, Indonesia. Difahamkan, pengantin lelaki ditahan polis kerana mencuri motosikal. Pengantin lelaki terpaksa berbuat demikian kerana dia tidak mempunyai wang untuk membayar mas kahwin. Perkahwinan antara si pencuri bersama pasangannya sebenarnya sudah lama dirancang. Justeru, perkahwinan itu tetap berlangsung meskipun terpaksa dilakukan di balai polis. Suasana sayu ketika pernikahan berlangsung apabila pengantin lelaki dilihat menangis. - Tribun Medan Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube