PULUHAN pengunjung alami kecederaan selepas bumbung sebuah rumah panggung jatuh semasa majlis pernikahan berlangsung. Kejadian tersebut berlaku di rumah pengantin perempuan di daerah Pangkep, Sulawesi Selatan di Indonesia sekitar pukul 2 petang. Pada masa tersebut, pengantin lelaki bersama rombongannya baru selesai akad nikah dan ingin bergerak ke tempat jamuan. Namun belum sempat bergerak, bumbung rumah panggung tersebut runtuh dan menghempap beberapa individu. Menurut pegawai penyiasat, runtuhan tersebut berkemungkinan berpunca daripada bebanan berlebihan di rumah tersebut. “Lokasi juga seperti sudah usang dan tidak ada penyanggah di bahagian tengahnya. “Pada masa sama, kesemua rombongan yang ada bergerak dalam waktu sama dan menyebabkan tekanan berlaku,” tambahnya. - Okezone Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube