suria

Bantuan kemanusiaan dibawa masuk ke Gaza, 20 trak bekalan perubatan dan makanan

Trak yang membawa bekalan makanan dan perubatan memasuki sempadan Gaza. -Gambar Reuters

BANTUAN kemanusiaan mula memasuki Gaza dari Mesir pada Sabtu.

Memetik laporan AlArabiya, perkara tersebut disahkan pejabat media Hamas yang menyatakan konvoi bantuan berkenaan termasuk 20 trak yang membawa bekalan perubatan dan makanan.

"Konvoi bantuan yang sepatutnya masuk hari ini (Sabtu) termasuk 20 trak yang membawa ubat, bekalan perubatan dan jumlah bekalan makanan (barangan dalam tin) yang terhad," katanya dalam kenyataan.

Terdahulu, Hamas melancarkan serangan mengejut pada 7 Oktober lalu ke atas bandar sempadan Israel.

Susulan daripada itu serangan udara Israel dilancarkan ke Semenanjung Gaza sebagai tindak balas.

Konflik yang berlaku itu menyebabkan sekurang-kurangnya 3,478 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan Israel ke atas Gaza, manakala lebih 1,400 orang maut di Israel sejak operasi bermula.

Malah sejak daripada bantuan kemanusiaan tidak dapat dihantar ke Gaza.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain