suria

Pemuda dakwa ibu ada gangguan mental, tergamak hantar ke hospital sakit jiwa kerana mahu bolot harta pusaka

Pemuda bernama Alex Parmonangan Tobing ditahan polis pada 17 Oktober lalu. -Gambar TribunMedan

SEORANG pemuda tergamak menganiaya ibu kandung sendiri dengan menghantar wanita tersebut ke hospital sakit jiwa, gara-gara kerana mahu membolot harta pusaka.

Difahamkan ketika kejadian, mangsa yang berusia 62 tahun sedang duduk di tangga rumahnya di Labuhan Selatan, Sumatera Utara sebelum dihampiri tiga orang lelaki yang menaiki sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV).

Wanita warga emas itu dipaksa masuk ke dalam kenderaan tersebut biarpun meronta-ronta dan mulutnya ditekup dengan kain.

Dia kemudian dihantar ke RSJ (Rumah Sakit Jiwa) Prof Ildrem di Kota Medan.

Mangsa kemudian membuat laporan kepada pihak polis yang membawa kepada penahanan anak lelakinya yang dikenali sebagai Alex Parmonangan Tobing, 28, pada 17 Oktober lalu.

Difahamkan, mangsa langsung tidak mengalami sebarang gangguan mental berdasarkan surat yang dikeluarkan doktor di RSU Putri Hijau Medan.

Jika sabit kesalahan, pemuda tersebut bakal berdepan dengan hukuman penjara maksimum selama dua tahun dan lapan bulan. -Serambinews

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain