suria

Francais McD di 8 negara Timur Tengah sepakat salur dana lebih RM14.3 juta ke Gaza, selar rakan sekutu bantu Israel

Francais McDonald's di Timur Tengah sepakat menyalurkan dana untuk Palestin. -Gambar Reuters

SEBAGAIMANA yang ramai sedia maklum, jenama rangkaian makanan segera terkemuka, McDonald's dikritik hebat susulan tindakan francaisnya di Israel menyalurkan makanan percuma kepada tentera negara tersebut.

Bagaimanapun pendekatan yang bertentangan diambil oleh francais McDonald's di Timur Tengah.

Tegas menyelar keputusan McDonald's Israel untuk menyediakan makanan percuma kepada tentera mereka, bagaimanapun francais di Arab Saudi, Oman, Kuwait, Emiriah Arab Bersatu, Jordan, Mesir, Bahrain dan Turki pula sepakat berikrar menyalurkan dana lebih daripada $3 juta (RM14.3 juta) untuk rakyat Palestin yang terkesan ekoran serangan Zionis.

"Mari kita semua menggabungkan usaha kita dan menyokong masyarakat di Gaza dengan segala upaya kita," demikian ciapan McDonald's Oman di laman X.

McDonald's Oman turut mengumumkan pihaknya menyalurkan $100,000 (RM476,800) untuk usaha bantuan kemanusiaan di Gaza.

"Kami memohon kepada Tuhan Yang Maha Esa untuk melindungi negara kami yang tercinta dan semua negara Arab dan Islam daripada segala kejahatan dan kebencian," tulisnya lagi.

Sejak mengumumkan sokongannya kepada tentera Israel, McDonald's Israel telah menukar akaun Instagramnya kepada mode peribadi berikutan tindak balas daripada pengguna di negara Arab dan Islam.

Walaupun McDonald's merupakan di antara jenama Amerika Syarikat yang paling ikonik, kebanyakan restorannya di seluruh dunia dimiliki dan dikendalikan oleh orang tempatan. -Aljazeera

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain