HARAPKAN pegar, pegar makan padi. Begitulah perumpamaan terhadap seorang anggota polis wanita yang didapati menjual dadah kepada orang awam ketika sedang menjalankan tugas penguatkuasaan. Berselindung di sebalik kata-kata 'saya sayang kerjaya', dia ditangkap ketika cubaan mengedar sejumlah besar dadah jenis heroin dan fentanyl ketika sedang menjalankan tugas. Grace Rose Baez yang berusia 37 tahun telah ditangkap bersama Cesar Martinez, 42, dari Yonkers, pinggir bandar New York City, dan didakwa dengan konspirasi untuk mengedar dadah. Menurut Peguam AS Daerah Selatan New York Damian Williams, pasangan itu didakwa cuba menjual dadah kepada pemberi maklumat persekutuan bulan tersebut. Baez, dari Bronx, dikatakan telah memberikan maklumat sampel yang dipanggil fentanyl kualiti terbaik dalam bekas Mentos pada Selasa, 17 Oktober. Dia kemudian dilaporkan memberitahu pemberi maklumat bahawa dia boleh menjual mereka sekilo heroin dengan harga RM119,109 (£20,500) dan 800 gram fentanyl dengan harga yang akan dirundingkan kemudian berdasarkan ketulenan dadah. Didakwa Baez, yang telah menjadi pegawai sejak 2012, mengadakan beberapa kali pertemuan dengan pelanggan yang merupakan pemberi maklumat itu. Dia sedang bertugas di meja di kemudahan NYPD sambil mengatur mesyuarat dan merundingkan harga untuk menjual 'kuantiti kilogram dadah'. Pada Khamis, Baez bertemu dengan pemberi maklumat di Yonkers di mana dia menyerahkan bungkusan mengandungi bahan terlarang itu yang disyaki termasuk sejumlah 1.4 kilogram heroin dan 640gram fentanyl berlabel 640 Manzana pada hari tangkapan dibuat. - Mirror Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube