suria

Pemandu e-hailing minta kongsi lokasi tepat, terkejut wanita hantar foto payudara siap kena cancel

Pemandu e-hailing terkejut menerima gambar payudara wanita.

DALAM perkhidmatan e-hailing, kedua-dua pemandu dan penumpang perlu menepati waktu supaya tiada siapa yang merasakan masa mereka dibazirkan.

Seorang pemandu e-hailing menghantar mesej kepada pelanggannya untuk bertanyakan lokasi sebenar, namun dikejutkan dengan respons berupa gambar payudara seorang wanita.

Pada Isnin lalu, seorang netizen yang dikenali sebagai pemandu e-hailing telah berkongsi mengenai kejadian tersebut di grub Facebook.

Berdasarkan gambar, pemandu tersebut sepatutnya mengambil pelanggan dari Pavilion Square di 345 Geylang Road dan menghantarnya ke Shaw House di Orchard di Singapura.

Menganggap sudah tiba ke lokasi, pemandu tersebut menghantar mesej kepada pelanggan wanita itu pada pukul 7.54 malam dan bertanyakan lokasi sebenarnya.

Pelanggan kemudian menyatakan bahawa dia sebenarnya berada di '325 Geylang', menyebabkan pemandu untuk bertanya kenapa menetapkan lokasi sebagai '345'.

Daripada menghantar gambar lokasi sebenarnya, pelanggan berkenaan mengirimkan foto seorang wanita memakai tank top yang mendedahkan bentuk payudara.

Mungkin terkejut dengan gambar itu, pemandu itu menjawab, "Tiada guna anda menghantar gambar payudara anda. Hantar gambar tempat tersebut."

Malangnya, mesej itu telah dikategorikan sebagai 'kandungan yang tidak sesuai', mungkin disebabkan oleh perkataan 'payudara'.

Pemandu itu kemudian menyunting mesej tersebut, menggantikan perkataan 'payudara' dengan istilah lain.

Tidak dijelaskan sama ada pelanggan membalas mesej berkenaan selepas itu.

Bagaimanapun, berdasarkan kapsyen OP, pelanggan itu mungkin akhirnya membatalkan tempahan kerana pemandu tersebut mendakwa telah menerima pampasan S$4 (RM13.92). -MSNews

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain