suria

Tetamu majlis kahwin kecewa dijamu hidangan murah, nasi bungkus lauk telur

Tetamu majlis perkahwinan dikejutkan dengan makanan di dalam bungkusan.

MAJLIS perkahwinan untuk meraikan raja sehari kebiasaannya akan dijalankan dengan penuh kemeriahan.

Menjadi kemestian juga untuk dihidangkan santapan selera yang mewah dan lazat.

Namun, lain kisahnya untuk pasangan mempelai ini di Wuhan, China apabila mereka dikecam kerana menghidangkan makanan dalam bungkusan.

Dalam kejadian di sebuah hotel, saudara-mara dan rakan-rakan pengantin dilihat terkejut apabila setiap tetamu hanya menerima satu kotak makanan tengah hari berharga 50 yuan (RM32)

Rakaman video tular di media sosial menunjukkan hadirin majlis tersebut mengeluarkan sekotak makanan daripada plastik berwarna merah di atas meja makan.

Kotak makanan itu diisi dengan nasi putih, telur goreng serta tiga hidangan daging dan sayur.

Ramai tetamu kelihatan keliru ketika menghadiri majlis itu dan seperti tidak percaya dengan makanan yang dihidangkan kepada mereka.

Bagaimanapun, penjelasan di ruangan komen oleh netizen menjelaskan bahawa majlis resepsi mungkin diadakan pada sebelah malam.

Makanan yang dimakan berkemungkinan juadah tengah hari untuk saudara-mara dan rakan-rakan yang membantu membuat persiapan perkahwinan.- Thaiger.com

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain