suria

Menangis, jerit ketakutan... Jemaah wanita hilang kawalan, didakwa tak nampak Kaabah depan mata

Seorang jemaah wanita dikatakan tidak dapat melihat Kaabah di depannya.

TIADA siapa menyangka seorang wanita mengalami kejadian aneh ketika berada di Tanah Suci, apabila didakwa tidak dapat melihat Kaabah.

Tular video mengenai seorang jemaah wanita yang tidak dapat melihat Kaabah meskipun berada tepat di hadapan bangunan suci itu.

Memetik Okezonecom, rakaman itu menunjukkan wanita itu menangis berteriak di tempat jemaah melakukan tawaf mengelilingi Kaabah di Masjidil Haram di Makkah.

Ketika kejadian, dia turut dikelilingi oleh beberapa jemaah lain.

Riak wajahnya jelas ketakutan kerana tidak dapat melihat Kaabah yang berada di hadapannya.

Kemudian datang seorang wanita membawa segelas air zamzam untuk diberi kepada jemaah berkenaan minum bagi menenangkannya.

Keadaan yang berlaku menimbulkan pelbagai reaksi dalam netizen.

Bagaimanapun, kejadian tidak dapat melihat Kaabah telah banyak diceritakan untuk dijadikan iktibar atas ujian yang diberikan Allah.

Manusia perlu percaya dan yakin untuk kembali kepada asas yang lebih penting iaitu kekuasaan Allah dan bagaimana Dia mahu hambanya belajar daripada pelbagai peristiwa yang dihadapkan di depan mata dan mengalaminya sendiri.

Sementara itu, menurut perkongsian Maktabah Al-Bakri yang diterbitkan bekas Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri mengenai pertanyaan adakah melihat kaabah merupakan ibadah.

Menurutnya, Baitullah atau Kaabah merupakan kiblat bagi umat Islam di seluruh dunia dan Allah menyandarkan namaNya pada Kaabah menunjukkan akan keagungan, kemuliaan serta kebesarannya berbanding makhluk Allah SWT yang lain.

"Terdapat hadis berkenaan melihat Kaabah adalah ibadah merupakan hadis yang berstatus lemah dan teramat lemah serta tidak sah untuk berhujah dengannya.

"Namun begitu, sekiranya melihat Kaabah disertai dengan pandangan yang berfikir dan merenung akan penciptaan Allah SWT yang maha agung ini, maka renungan ini adalah ibadah yang mana seseorang itu akan mendapat pahala, insyaAllah," katanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain