SEORANG pelajar mengalami kecederaan pada alat sulitnya selepas pistol pen (pen gun) yang disimpan di dalam poket seluarnya meletup secara tiba-tiba. Dalam insiden tersebut, seorang lagi rakannya turut mengalami kecederaan pada bahagian kaki. Petugas perubatan di Hospital Phutta Sothon 2 di wilayah tengah Chachengsao menggesa pihak polis menyoal siasat dua pelajar berkenaan yang mendapatkan rawatan susulan mengalami luka kesan tembakan. Pada mulanya, mereka mendakwa tembakan tersebut merupakan satu kemalangan namun petugas perubatan mengesyaki kedua-duanya menyembunyikan perkara sebenar. Selepas disoal siasat pihak polis, kedua-dua pelajar berkenaan akhirnya mengaku senjata tersebut dibawa ketika mereka bergaduh dengan pelajar dari sekolah lain. Pihak polis kemudian menemui senjata berkenaan di rumah salah seorang pelajar tersebut. Pertuduhan terhadap pelajar yang memiliki senjata berkenaan akan serta rakan-rakannya akan dikeluarkan kemudian. -Thaiger Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube