suria

Puluhan tikus dilepaskan dalam restoran makanan segera, tanda protes kekejaman di Palestin

Kakitangan sebuah restoran makanan segera di Birmingham cuba memerangkap tikus daripada berkeliaran. -Gambar ezramckenzie436

SEBUAH cawangan restoran makanan segera terkenal di Birmingham, England menjadi sasaran tindakan protes pihak pro-Palestin apabila puluhan tikus dilepaskan ke dalam premis berkenaan.

Rakaman video yang tular menunjukkan tikus-tikus berkenaan berkeliaran di atas lantai.

Turut kelihatan kakitangan restoran cuba memerangkap haiwan tersebut menggunakan bekas plastik.

Individu yang membuat rakaman berkenaan mendakwa, tindakan tersebut dilakukan oleh seseorang sebagai protes terhadap pengeboman di Gaza oleh tentera Israel.

Difahamkan, ia adalah insiden 'aneh' kedua yang berlaku membabitkan cawangan restoran makanan segera popular di Birmingham.

Sehari sebelum itu, sebuah cawangan lain menjadi sasaran apabila ada individu melepaskan puluhan tikus yang disembur dengan warna bendera Palestin ke dalam premis berkenaan. -Mirror

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain