suria

Seminggu tak dapat dihubungi, mayat model hamil 2 bulan ditemui disumbat dalam peti sejuk

Mooney dipukul sebelum mayatnya diikat dan disumbat dalam peti sejuk.

MISTERI 'kehilangan' seorang model terjawab selepas mayatnya ditemui di dalam sebuah peti sejuk di kediamannya sendiri.

Hasil siasatan Jabatan Polis Los Angeles mendapati Maleesa Mooney mengalami kecederaan traumatik akibat dipukul sebelum penjenayah mengikat mayatnya dan menyumbatnya ke dalam peti sejuk.

Lebih tragis, model tersebut sedang hamil dua bulan.

'Kehilangannya' Mooney disedari selepas dia tidak menjawab telefonnya selama seminggu dan perkara tersebut telah menimbulkan kebimbangan terhadap keluarganya.

Mooney telah dibunuh pada 12 September lalu di apartmennya di pusat bandar Los Angeles.

Menurut laporan perubatan, bedah siasat menunjukkan Mooney mungkin terlibat dalam pertengkaran fizikal yang ganas.

Mayat Mooney ditemui dua hari selepas seorang model, Nichole Coats ditemui mati di apartmen mewahnya di pusat bandar Los Angeles, sekaligus mencetuskan kebimbangan bahawa seorang pembunuh bersiri sedang berkeliaran di kawasan itu.

Bagaimanapun penyiasat percaya kedua-dua kes berkenaan tidak mempunyai kaitan. -Mirror

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain