suria

Netanyahu tolak gencatan senjata di Gaza, tetap mahu perang hingga menang

Netanyahu menolak gencatan senjata. -Gambar Reuters

PERDANA Menteri Israel, Benjamin Netanyahu berkata, gencatan senjata dalam perang Israel ke atas Hamas tidak akan berlaku.

Beliau berkata demikian meskipun Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memberi amaran bahawa bantuan tidak mencukupi untuk memenuhi 'keperluan kemanusiaan yang belum pernah terjadi'.

Operasi ketenteraan yang semakin giat meningkatkan kebimbangan secara mendadak bagi 2.4 juta penduduk Gaza.

Menurut kementerian kesihatan di Gaza, lebih 8,300 orang telah terkorban.

Kereta kebal Israel bersedia untuk meningkatkan operasi ketenteraan di Gaza. -Gambar reuters

Kereta kebal Israel bersedia untuk meningkatkan operasi ketenteraan di Gaza. -Gambar reuters

Dalam taklimat kepada media asing, Netanyahu berkata, gencatan senjata itu sama seperti menyerah kepada Hamas, yang didakwanya telah membunuh 1,400 orang dan menjadikan lebih 230 orang sebagai tebusan.

"Gesaan untuk gencatan senjata adalah seruan agar Israel menyerah kepada Hamas, menyerah kepada keganasan... ini tidak akan berlaku," katanya sambil berikrar Israel akan 'berjuang sehingga menang pertempuran'.

Sekutu Israel iaitu Amerika Syarikat (AS) turut membantah gencatan senjata.

"Kami tidak percaya bahawa gencatan senjata adalah jawapan yang betul sekarang," kata jurucakap Majlis Keselamatan Negara John Kirby, sambil menambah 'berhenti seketika' untuk mendapatkan bantuan ke Gaza harus dipertimbangkan.

Ketika ini, Israel menghantar kereta kebal ke pinggir Bandar Gaza, sekali gus kebimbangan meningkat mengenai krisis kemanusiaan yang semakin meluas. - The Strait Times

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain