suria

Jual air teh guna nozel minyak, gerai minuman dapat sambutan hangat

Kedai menjual minuman teh ini menyerupai stesen minyak. -Foto detik.com

TEKNIK yang unik untuk mempromosikan air teh.

Sebuah gerai minuman di Bandung, wilayah Jawa Barat, Indonesia menjadi perhatian kerana menjual minuman yang disimpan di dalam balang menyerupai pam minyak.

Gerai teh di Jalan Ciwastra itu mengetengahkan konsep stesen minyak selain turut dikenali sebagai Pertehmina.

Ia menyerupai nama syarikat minyak dan gas milik Indonesia, Pertamina.

Penjual pula memakai pakaian menyerupai pekerja stesen minyak, lengkap dengan topi.

Menurut pemilik Pertehmina, Rahadika, idea untuk menggunakan konsep tersebut timbul selepas melihatkan keadaan cuaca yang semakin panas.

“Air teh sememanmgnya menjadi minuman kegemaran orang ramai dan diminum setiap hari. Dalam masa sama, kami mahu mengetengahkan sesuatu yang berbeza dan mempunyai nilai tambah,” katanya.

Tambah Rahadika, meskipun menggunakan balang menyerupai pam minyak, ia sebenarnya bekas bergred makanan, dan bukannya diubah suai daripada pam minyak sebenar.

“Konsepnya sahaja pam minyak tetapi semua peralatan yang digunakan mempunyai gred makanan,” ujarnya.

Mengetengahkan lima jenis minuman, pekerja akan mengisi air ke dalam bungkusan mengikut sukatan yang diminta oleh pengguna.

Ia dijual pada harga antara 3,000 rupiah hingga 9,000 rupiah (RM0.90 dan RM2.70), manakala teh yang digunakan 100 peratus berasal dari Jawa Barat. - detik.com

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain