suria

Restoran 'denda' ibu bapa! Caj tambahan dikenakan jika anak nakal ketika makan

Restoran ini mendenda ibu bapa yang tidak dapat mengawal anak dengan baik.

KERENAH kanak-kanak di restoran boleh menjengkelkan pelanggan yang lain.

Sebuah restoran di Amerika Syarikat (AS) mengenakan bayaran tambahancaj 50 dolar Amerika (RM238) kepada pelanggan yang didapati gagal mengawal anak semasa makan di dalam premis.

Restoran Toccoa Riverside mengatakan mereka sudah bertahun-tahun mengenakan 'surcaj dewasa' untuk pengunjung yang tidak dapat menjaga anak dengan baik.

Namun, ada sesetengah pengunjung yang berasa bengang dengan polisi sedemikian.

Antaranya seorang pengunjung yang dikenakan denda oleh tuan kedai apabila anaknya didapati terlalu bising dan berlari di luar restoran.

"Jika kamu mempunyai anak, elakkan tempat ini sama sekali.

"Pemilik restoran yang paling biadab kerana membuat kecoh di hadapan pelanggan restoran kerana anak kami berlari-lari dengan riang, dia berkelakuan baik sepanjang masa.

"Boikot kedai ini dan pergi ke tempat lain yang lebih mesra pelanggan," kata sebahagian pengunjung memberikan ulasan. - Sky News.com

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain