suria

UFO terhempas dalam kampus, pihak universiti kata sedang dalam siasatan - “Kami tidak tahu apakah objek itu”

Piring terbang UFO ditemukan terhempas di dalam kawasan kampus.

BENARKAH wujud makhluk asing di angkasa lepas?

Baru-baru ini gempar apabila pelajar sebuah universiti di Madrid, Sepanyol menemukan objek terbang tidak dikenali (UFO) terhempas di luar bangunan institusi pengajian tersebut.

Objek yang dikatakan menyerupai kapal angkasa itu ditemui di halaman luar Fakulti Sains Alam Sekitar, Universiti Alcala pada 23 Oktober lalu.

Rakaman video UFO berkenaan dikongsikan di platform media sosial yang menunjukkan asap naik ke ruang udara ketika orang ramai menghampirinya.

Turut kelihatan ialah beberapa orang berpakaian sut hazmat berada di lokasi UFO tersebut terhempas.

Beberapa imej lain menunjukkan objek berbentuk piring terbang itu mempunyai sesuatu menyerupai antena televisyen pada bahagian atasnya.

Beberapa dakwan menyebut bahawa objek tersebut dihasilkan oleh pelajar sendiri.

Pihak universiti mengesahkan insiden tersebut, namun enggan memberikan sebarang komen lanjut.

"Maaf, kami tidak mengetahui apakah objek tersebut. Kami sedang menyiasat insiden ini dan akan memberitahu kepada anda sejurus mendapat maklumat mengenainya,” kata seorang jurucakap universiti. - Daily Star

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain