suria

Lori bawa babi terbalik dalam kemalangan, haiwan ternakan berkeliaran di jalan raya

Babi berkeliaran di jalan raya selepas lori yang membawanya kemalangan.

SATU insiden yang di luar jangkaan.

Baru-baru ini di Jakarta, Indonesia, kelihatan berpuluh-puluh ekor babi berkeliaran di sebuah jalan raya bertol selepas lori yang membawa haiwan itu terlibat dengan kemalangan

Dalam kejadian itu, terdapat sejumlah babi yang bergerak ke tengah jalan raya di Jalan Tol Ngawi-Kertosono, Jawa Timur.

Anggota polis yang tiba di tempat kejadian berjaya menangkap semula haiwan tersebut daripada membahayakan pengguna jalan raya yang lain.

Ketua Polis Lalu Lintas Nganjuk, Iptu Heri Buntoro berkata, lori itu terbalik kerana mengalami masalah pada sebuah tayarnya.

Tambahnya, kejadian itu berlaku ketika lori tersebut bergerak di Jalan Tol Ngawi-Kertosono dari arah timur ke barat.

Setibanya di Kilometer 651.600 tayar belakang sebelah kanan lori itu pecah menyebabkan ia bergerak ke kanan sebelum terbalik. - Prohaba.com

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain