suria

Yemen Houthi lancarkan peluru berpandu balistik, dron ke Israel... Desak pencerobohan dihentikan

Situasi di Gaza yang mendorong penglibatan masyarakat dunia. -Gambar AFP

PEJUANG Islam Yemen Houthi mendakwa mereka melancarkan 'sebilangan besar' peluru berpandu balistik dan dron ke arah Israel dan memberi amaran tentang lebih banyak serangan akan datang.

Israel sebelum ini berkata serangan dari 'sasaran udara' yang tidak dikenal pasti di atas Laut Merah pada pagi Selasa, telah memusnahkan beberapa kawasan.

“Tiada ancaman atau risiko kepada orang awam,” kata tentera Israel.

Insiden itu mencetuskan siren serbuan udara di pusat peranginan pelancong Laut Merah yang terkenal di Eilat dan menyebabkan penduduk berlari mencari perlindungan.

Peta lokasi serangan yang dilancarkan Yemen Houthi.

Peta lokasi serangan yang dilancarkan Yemen Houthi.

Secara berasingan, tentera Israel berkata bahawa ia menggunakan sistem pertahanan udara 'Arrow' buat pertama kali sejak meletusnya serangan balas dengan Hamas pada 7 Oktober untuk memintas peluru berpandu di Laut Merah yang ditembakkan ke arah wilayahnya.

Yahya Saree, jurucakap pejuang Houthi, berkata operasi itu adalah yang ketiga menyasarkan Israel dan mengancam untuk melakukan lebih banyak serangan sehingga pencerobohan Israel dihentikan.

Sebelum ini, seorang pegawai kanan Houthi memberitahu agensi berita AFP bahawa kumpulan Yaman yang disokong Iran telah menghantar dron ke arah selatan Israel.

"Dron ini milik negara Yaman," kata Perdana Menteri kerajaan Houthi Abdelaziz bin Habtour, . - Al Jazeera

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain