RAKAMAN video yang memaparkan seorang wanita berpelukan dengan juruterbang sebuah pesawat mengundang sebak warga maya. Mana tidaknya, aksi kejutan di Lapangan Terbang Antarabangsa Beirut di Lubnan merupakan penghargaan seorang anak di atas usaha ibunya yang sanggup bekerja keras selama 30 tahun bagi memastikan dia dapat menjalani kehidupan baik. Klip penuh emosi itu mempamerkan kegembiraan luar biasa seorang ibu apabila dia menyedari anaknya adalah juruterbang penerbangan yang dinaikinya. Menerusi rakaman video, wanita berkenaan bergerak ke sudut peribadi pesawat selepas dia diarahkan di mana anaknya sedang menunggu di sebalik tirai, sambil memegang sejambak bunga dan kek. Dia pada awalnya berasa pelik, dilihat menitiskan air mata sebelum berpelukan dengan anaknya itu. Momen menggembirakan itu kemudiannya dikongsikan oleh Ethiopian Airlines di platform X sehingga menjadi tular di media sosial. - News 18 Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube