suria

Demi lulus ujian kemasukan kolej, lelaki sanggup tinggal di bawah tangga sehingga 6 bulan

Tempat tingalnya bersih dan teratur.

BAKAL menghadapi peperiksaan kemasukan ke kolej, seorang lelaki sanggup tinggal di bawah tangga sebuah pusat beli belah.

‘Pencerobohannya’ itu disedari seorang pengawal keselamatan yang membuat pemeriksaan berkala, namun dia tidak dihalau.

Bahkan, dibenarkan tinggal di bawah tangga kompleks beli belah di Shanghai, China itu sehingga 30 Oktober lalu.

Menurut video tular, lelaki terbabjt telah memasang khemah dan tidur di bawah tangga terpencil di bangunan itu, bersama dengan meja kecil dan kerusi pejabat.

Dia mengecas komputer riba dan telefon bimbitnya dari kedai elektrik pusat beli-belah tanpa dicurigai oleh sesiapa sejak enam bulan lalu.

Ketika ditemui pengawal keselamatan bangunan tersebut, dia menyatakan tujuannya adalah untuk menghadapi peperiksaan kemasukan kolej dan memerlukan tempat yang sunyi dan terpencil untuk belajar.

Dia juga berjanji untuk pergi sejurus selepas peperiksaan yang sangat penting itu.

Malah keadaan ‘tempat tinggalnya’ itu kelihatan bersih dan teratur. - Oddity Central

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain